Terdapat beberapa dokumen yang majikan perlu sediakan untuk pekerja baru sebelum bermula bekerja dengan kita, antaranya:
1.Surat Tawaran Bekerja
Surat tawaran kerja (Letter of Offer) adalah dokumen bertulis rasmi yang dihantar oleh majikan kepada calon pekerjaan yang dipilih untuk pekerjaan. Apabila syarikat membuat tawaran kerja secara lisan, pengurus pemgambilan biasanya akan menghubungi calon yang dipilih untuk memberitahu mereka sedang ditawarkan kedudukannya.
Syarikat juga boleh membuat tawaran kerja melalui e-mel atau bertulis, bergantung kepada dasar syarikat dan bagaimana syarikat mengendalikan pengambilan pekerja. Adalah idea yang baik untuk mendapatkan pengesahan bertulis secara formal mengenai tawaran tersebut, jadi kedua-dua dua pekerja dan majikan jelas mengenai syarat-syarat pekerjaan.
2. Terma dan syarat pekerjaan
"Terma" dalam kontrak perkhidmatan ialah hasil daripada rundingan yang berlaku antara majikan dan pekerja. Ia merujuk kepada tanggungjawab yang telah dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam kontrak.
"Syarat" pula merupakan satu arahan yang diberikan oleh majikan kepada pekerjanya dari semasa ke semasa.
3. Diskripsi Tugas / Job Description
Diskripsi Tugas/ Job Description (JD) merupakan dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi.
4. Surat Akur Janji
Surat aku janji atau pengakuan yang menjadi asas kepada pekerja untuk melaksanakan sesuatu tindakan.
5. Dokumen KPI Yang Perlu Dicapai
KPI atau Key Performance Indicators (Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama ) adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesuah organisasi (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 / 2005). KPI selalunya akan diukur setiap bulan ataupun setiap suku tahun (quarter).
6. Dokumen Lain Yang Berkaitan
Dokumen lain yang berkaitan boleh dilampirkan bersama sekiranya dianggap perlu.
Semua dokumen mestilah dibuat dua salinan; satu untuk pekerja dan satu lagi untuk salinan majikan. Pastikan pekerja tandatangan dan initial semua salinan majikan.
Kami akan kongsi tips-tips HR yang lain pada hari yang akan datang nanti.
#RedRadaInternational
#RedRadarOutsourcing
#ManpowerOutsourcing
#PayrollOutsourcing
#HRDepartmentOutsourcing
#SPIRERichWorks
#iamspire
Comments
Post a Comment