Adab-Adab Bila Datang Interview

Adab-Adab apabila datang interview. Ini hanyalah tulisan santai (bahasa pasar + bahasa Inggeris + bahasa media sosial) dengan niat untuk berkongsi tentang apa yang calon pencari kerja perlu tahu sebelum mereka menghadiri sebarang sesi temuduga. Tips di bawah adalah sangat berguna dan bagus untuk diikut sebelum anda berjuang di dalam bilik interview kemudiannya.


Beri Salam & Senyum

Sebaik sahaja anda sampai ke tempat temuduga, beri salam dan senyum. Janganlah masam sangat pada Si Peyambut Tetamu. Beritahu anda datang untuk temuduga jawatan apa, atau sessi appointment dengan siapa. Tunjukkan rasa hormat dan berikan kerjasama sebaiknya. Jangan buat muka terkejut pulak. Tak kira office yang kita datang tu bagaimana rupa sekalipun, control your emotion ya. 

Bawa Pen Sendiri

Bawalah lebih dari sebatang pen semasa menghadiri temuduga. Pen hitam atau biru. Jangan purple pulak ya! Seeloknya dakwat kering.Kita tak tahu mungkin ada kemungkinan air tertumpah di atas Job Application Form kita, kembang-kembang pulak tulisannya. 

Duduk dengan Tenang

Relax sebelum dipanggil untuk interview. Ada kemungkinan anda agak berpeluh semasa datang interview, inilah masa untuk touch up apa yang patut, keringkan minyak di muka (ini hakikat ya). Tarik nafas dalam-dalam supaya anda lebih relax sebelum dipanggil masuk ke ruang interview nanti.

NAK LEBIH JELAS, TONTON VIDEO INI


Jangan Berlegar-Legar di Ruang Office

Ini juga satu perbuatan yang tak best dan tidak sepatutnya dilakukan bila menghadiri sesi temuduga. Ya faham, anda mungkin bosan bila perlu menunggu giliran interview terlalu lama. Tapi anda tidak sepatutnya berjalan ke hulu, ke hilir umpama melawat Muzium Negara dan check segala perkara di dalam office berkenaan.

Jangan Leka Bermain Handphone

Ya. Atas alasan untuk mengisi masa sebelum dipanggil untuk interview, anda cuba untuk scroll your Instagram atau Facebook newsfeed. Ada kemungkinan anda akan menjadi terlalu leka dan berangan. Terlalu asyik di media sosial sebelum sesi interview bermula akan menyebabkan anda hilang fokus. Ada kemungkinan point-point penting yang perlu anda ingat juga boleh terlupa. Bahaya okay!

Sabar Menunggu Giliran

Ada kemungkinan syarikat menjemput terlalu ramai calon dalam satu masa yang sama. Kesannya, anda akan menunggu lebih lama dari biasa. Walau apa terjadi sekalipun, bersabarlah. Jika anda ada appointment lain dan giliran anda belum juga sampai, cepat2 beritahu pada HR yang berkenaan, jangan lari menghilang begitu saja.

JOIN US AS A RECRUITMENT CONSULTANT



Comments