1. Akibat persaingan agensi pekerjaan ini, mereka akan cuba memberi khidmat yang terbaik kepada anda dalam mencari jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda, ini secara tak langsung akan memberi kemudahan kepada anda dari segi tenaga dan masa.
2. Agensi pekerjaan akan bertindak sebagai orang tengah antara majikan yang mencari pekerja dan bakal pekerja yang sedang mencari pekerjaan. Ada sesetengah agensi pekerjaan yang agak terkenal dan dipercayai oleh syarikat-syarikat dalam menyediakan pekerja.
3. Bakal pekerja mungkin akan diberi pilihan jawatan yang diidamkan mengikut kelayakannya, ini kerana agensi ini akan menyesuaikan kelayakan calon dengan kerja yang ditawarkan.
Namun begitu agensi pekerjaan juga mempunyai keburukan dan risiko kepada bakal pekerja, antaranya ialah:
1. Ada sesetengah agensi pekerjaan menipu, mungkin mereka bukanlah agensi pekerjaan yang sah tapi berselindung di sebalik nama agensi pekerjaan.
2. Agensi yang tidak sah biasanya akan mengenakan cas yang mahal kepada pencari kerja yang mendaftar dengan mereka, ini akan merugikan anda.
3. Kebanyakan agensi mencari kerja menumpukan kepada peluang di sektor swasta, peluang anda untuk mendapat jawatan sektor awam adalah agak kurang, mahu atau tidak anda masih perlu mengisi peluang jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh sektor awam.
Peringatan kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat Recruitment Agency:
1. Tolong memastikan bahawa agensi pekerjaan itu dah berdaftar di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
2. Selalunya agensi pekerjaan ini tidak akan minta duit dengan calon pekerja kerana mereka dah dapat share daripada majikan yang menggunakan perkhidmatan agensi pekerjaan tersebut.
Comments
Post a Comment