[CEO Talk]: 3 Hak Pekerja yang Wajib anda Tahu!

 

[CEO Talk]: 3 Hak Pekerja yang Wajib anda Tahu!


1. Hak untuk mendapatkan manfaat-manfaat yang termaktub dalam Akta Pekerjaan atau terma pekerjaan seperti bayaran KWSP, Perkeso, Annual leave dan juga MC.

a. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. Terdapat tiga elemn utama dalam penentuan tanggungan mencarum kepada KWSP:

•Majikan

•Pekerja, Kontrak Perkhidmatan atau Perantisan

•Upah

b. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk menyediakan batuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang kebolehan mereka dikurangkan akibat kemalangan atau penyakit. Mereka juga memberikan bantuan kepada ahli tanggungan pekerja sekiranya kematian berlaku melalui pencen. Faedah-faedah di bawah skim ini dibahagikan kepada dua iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan ini memberikan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja.

Skim Keilatan ini melindungi pekerja yang hilang upaya atau meninggal dunia atas sebarang sebab yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan mereka.

c. Annual leave/Cuti tahunan adalah masa kerja yang dibayar oleh majikan kepada pekerja untuk digunakan untuk apa jua kehendak pekerja. Bergantung kepada polisi majikan, bilangan hari yang berbeza boleh ditawarkan, dan pekerja mungkin dikehendaki memberi notis terlebih dahulu, mungkin perlu meyelaraskan dengan majikan untuk memastikan bahawa kakitangan dilindungi secukupnya ketidakhadiran pekerja, dan keperluan lain mungkin perlu dipenuhi. Ia dianggap sebagai manfaat kepada pekerja.

d. Medical Certificate (MC)/Sijil cuti sakit cuma boleh dikeluarkan oleh doktor yang telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Sijil cuti sakit ini boleh diberikan hanya apabila seseorang itu sendiri menghidapi penyakit dan tidak mampu meneruskan apa-apa urusan rasminya seperti pekerjaan. Setiap slip MC adalah istimewa kerana mempunyai nombor siri yang tersendiri dan tidak boleh digunakan dalam cara yang salah seperti menipu atau mengulang cetak.


2. Hak untuk bekerja di premis yang selamat dan selesa.

Setiap seorang pekerja, kebanyakan kita akan menghabiskan masa seharian di tempat kerja di mana kita akan terdedah kepada pelbagai punca bahaya. Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibatkan kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan yang memudaratkan diri dan keluarga dari sedi sosial dan juga kewangan. Jadi, mewujudkan tempat bekerja yang selamat dan selesa kepada pekerja merupakan tanggungjawab majikan.


3.Hak untuk tidak didiskriminasi di tempat pekerja dari segi diskriminisi agama, bangsa dan juga gangguan seksual. 

Peningkatan penglibatan wanita di sektor pekerjaan ini memerlukan perhatian yang serius dari pimpinan dan pembuat dasar, terutama sejak akhir-akhir ini dimana terdapat aduan amalan diskriminasi dan gangguan seksual terhadap wanita ditempat kerja. Kesan dan impak kedua-dua diskriminasi agama dan gangguan seksual ke atas wanita sebagai tenaga kerja negara adalah serius dan boleh mendatangakan keresahan dan tekanan fizikan dan psikologi ke atas pekerja, menimbulkan ketegangan ditempat kerja dan sekaligus mengurangkan produktiviti dan ekonomi negara. Oleh itu, ianya sangat penting dan merupakan satu keperluan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada semua pekerja terutama bagi kaum wanita. 

Comments