[Artikel BM]: Bercuti! atau Mati!

Okay. Tajuk artikel kali ini mungkin agak extreme. Tapi inilah kenyataannya. Ramai dikalangan kita yang terlalu fokus pada kerja sehingga terlupa untuk mengambil cuti dan berehat. Ramai juga yang berfikir bahawa cuti memerlukan wang yang banyak dan segala macam kesusahan lain.

Tapi mereka terlupa yang terdapat banyak pilihan bercuti yang anda boleh pilih samada untuk melancong ke dalam ataupun ke luar negeri, menghabiskan masa bersama keluarga ataupun mungkin sekadar berehat bersama keluarga.


Jadi, di sini saya senaraikan sebab-sebab mengapa anda bercuti.

Khas kepada para 'workaholic', anda perlu baca artikel ini.

Pejabat Bukanlah Tempat untuk Berinspirasi

Ini adalah kenyataan. Kadangkala kita ada banyak 'thinking work' yang tidak dapat dibuat di pejabat. Ada kemungkinan yang anda akan lakukannya di rumah atau lewat di pejabat semasa keadaan lebih senyap. Suasana pejabat sehari-hari kadangkala penuh dengan tekanan dan ini menyebabkan idea yang baru susah untuk difikirkan dan ia juga boleh menyebabkan kreativiti anda tersekat. Adalah sangat bagus jika anda boleh untuk mengambil cuti panjang dan kembali dengan idea yang lebih bernas untuk kerjaya anda.

Keluar dari Zon Selesa

Bercuti akan menyebabkan anda keluar dari zon selesa. Apabile bercuti, anda akan pergi ke tempat yang baru, mencuba makanan tempatan, berhubung dengan orang baru dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat baru. Anda mencabar diri untuk keluar dari zone selesa anda.

Kedua, anda juga perlu untuk membahagikan kerja kepada ahli kumpulan anda untuk membantu menyelesaikan apa yang patut semasa anda bercuti. Ini tidak mudah dan anda perlu membuat perancangan awal. Tapi perlu diingat, kerja di pejabat masih boleh berjalan walaupun anda bercuti. Bahagikan tugas dengan baik untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa bercuti.

Anda mungkin boleh dihubungi oleh rakan sekerja untuk hal-hal kecemasan. Tetapi paling bagus jika anda tidak diganggu semasa bercuti.

Memperbaiki Tahap Kesihatan

Semasa bercuti, anda akan mendapat kuaiti tidur yang lebih baik, keadaan minda yang lebih tenang dan rasa yang lebih tenteram. Rasa tekanan dan kebimbangan juga akan berkurangan berbanding semasa anda di tempat kerja.

Sepulangnya anda dari bercuti, anda akan menjadi seorang pekerja yang mempunyai tenaga yang lebih baik dan lebih berinovasi. Anda juga boleh mendapat idea baru semasa bercuti.

Otak Anda Perlukan Rehat

Ramai pekerja mengalami masalah 'Brain Flooding' semasa di pejabat. Memori otak anda biasanya akan penuh dengan segala data, Whatsapp dan dokumen di serata meja yang anda perlu process setiap hari. Minda anda perlukan rehat dari semua ini. Lebih banyak tekanan, lebih lagi masa rehat yang anda perlukan,

Berkenalan Dengan Orang Baru

'Make connection!' Bercuti bukan untuk anda sahaja. Masalah orang kita ialah berat mulut. Cubalah untuk berhubung dengan orang-orang baru semasa bercuti. Idea dan inspirasi boleh datang apabila kita berhubung dengan lebih ramai orang. Anda boleh belajar banyak perkara baru melalu individu lain and guna-pakai apabila anda masuk ke pejabat nanti.

'Auto-pilot' Team Anda

Kepada pemilik perniagaan, Pengurus atau pun Team Leader. Bercuti adalah satu pilihan yang baik untuk melihat kemampuan tim under untuk berkerja secara independent. Anda boleh menilai samada tim anda masih boleh berkerja mengikut direction yang telah ditetapkan, sales target masih lkagi on track dan segala masalah boleh diselesaikan tanpa campur tangan terus dari anda.

Tetapi jangan lupa untuk membahagikan tugas sebaiknya kepada tim anda. Bercuti akan memberi peluang untuk menguji skil organisasi anda dan daya kerja berkumpulan di dalam sesuatu organisasi.

Kesimpulannya, bercutilah atau anda akan mati. Secara simboliknya, kareer dan personal anda akan menjadi lebih baik jika anda cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk bercuti sebentar dari kesibukan kerja.

Tetapi, janganlah memilih untuk rasa terbeban dengan cuti anda. Contohnya, berhutang untuk bercuti atau tiada perancangan yang rapi sebelum bercuti. Anda hanya menempah lebih masalah lagi sebenarnya. Insya Allah, ada artikel berkenaan hal ini yang akan dikongsikan nanti.

Terima kasih.

Artikel ditulis oleh M.R.Danial, Vice President of Recruitment & Operations, RedRadar International. Beliau juga ialah bekas blogger percutian dan kini sedang fokus untuk membantu menaikkan jenama RedRadar International sebagai Recruitment Agency pilihan, secara umumnya untuk pengambilan di industry Perbankan dan Institusi Kewangan di Malaysia. 

Comments