Adakah Anda Produktif di Tempat Kerja? Bahagian 1

Salam sejahtera kepada semua pembaca redradar blog sekalian. Jika sebelum ini penulisan saya berbentuk sangat formal dan serius, kali ini saya akan mencuba membuat perkongsian dengan cara yang lebih santai dan insya'Allah mudah untuk di fahami.

Kata kunci untuk artikel saya kali ini ialah, P R O D U K T I V I T I

Ramai di antara kita mempunyai masalah untuk mencapai produktiviti paling optimum di tempat kerja. Saya akui, saya juga ada masalah sebegini. Dengan internet tanpa batasan di tempat kerja, bila-bila masa saya boleh berhenti dari melakukan kerja-kerja yang bertimbun, dan asyik menonton video terkini Shila Amzah di China. Itu belum lagi bila setiap 5 minit, telefon pintar saya asyik berbunyi samada menerima notifikasi daripada facebook ataupun pesanan melalui aplikasi elektronik seperti Line, Whatsapp and WeChat. Sedar tak sedar, jam sudah 12 tengahari dan banyak lagi kerja yang tergendala.

Oleh itu, berbalik kepada kata kunci kita sebentar tadi, bagaimanakah anda boleh meningkatkan kadar produktiviti anda di tempat kerja. Saya tidak memaksa anda untuk mengikut kesemua cadangan yang bakal dinyatakan. Tapi sekurang-kurangnya, kita cuba satu daripada semua opsyen yang diberikan. 
"Warming Up" dan Set Matlamat Harian

Ramai diantara kita suka memberi alasan untuk diri sendiri seperti, "Takpe, aku tengok video ni sekejap je. Nanti baru buat kerja". Atau ada juga yang meluangkan masa yang terlalu lama untuk sarapan pagi sehingga anda hilang apa yang namakan, "juice of the day".

Apakah yang saya maksudkan dengan "juice of the day"? Secara ringkas, "juice of the day" boleh ditafsirkan sebagai 'Keterujaan untuk mencapai matlamat harian ditempat kerja'. Apabila anda sampai ke tempat kerja, anda perlulah fokus kepada matlamat harian anda, bukanlah untuk bersukaria atau datang ke tempat kerja hanya sebagai syarat atau membawa angan-angan yang entah apa-apa.

Cuba amalkan petua mudah ini, tidak salah untuk bertegur sapa denganr akan seangkatan dan bersarapan pagi di pejabat. Tapi lakukan dengan segera. Kemudian, luangkan 10 minit yang pertama untuk mengenalpasti apa yang anda ingin capai pada hari ini? 

Imbas semua kerja anda yang tertangguh, masalah berbalik serta 'deadlines' yang semakin hampir semasa anda MEMBUAT NOTA TUGASAN di dalam diari ataupun 'Task List'. Senaraikan perkara yang paling penting di senarai paling atas, dan seterusnya dituruti dengan perkara-perkara yang kurang penting. 

Perkara pertama di dalam 'task list' anda adalah matlamat untuk hari anda. Ia adalah sesuatu yang akan membuatkan hari anda sangat bermakna apabila anda berjaya menyelesaikannya. Paling mudah, gunakan waktu pagi untuk menyelesaikan tugas-tugas penting yang memerlukan keupayaan minda yang tinggi dan gunakan waktu tengahari dan petang untuk tujuan lain seperti bermesyuarat dan menyelesaikan tugas-tugas rutin ataupun berulang. 

Ada banyak lagi petua yang ingin saya kongsikan tentang cara untuk meningkatan produktiviti ditempat kerja. Elok rasanya saya mulakan dengan yang pertama dan kita cuba amalkan. Insya' Allah, akan saya tulis artikel susulan pada hari yang akan datang. 

Sekian, 
M.R. Danial
danial@redradar.com.my

Comments