Seks, Agama & Politik: Mengapa Anda Tidak Patut Membincangkannya di Tempat Kerja

Di dalam keadaan politik Malaysia yang sangat hangat kebelakangan ini, antara topik yang hangat dipersoalkan oleh rakan sekerja ialah berkenaan pandangan anda ataupun siapakah yang anda sokong. Jika anda terfikir untuk menyertai kumpulan ini, HENTIKAN. Politik adalah salah satu daripada tiga perkara yang taboo dan boleh memberi kesan negative kepada kerjaya anda. Dua lagi perkara yang tidak patut dibincangkan di tempat kerja ialah Seks dan Agama. Sebelum anda memberi risiko kepada kerjaya anda, di sini saya akan kongsikan sebab-sebab mengapa anda perlu menjauhi tiga perkara ini di tempat kerja.

Politik

Jika anda tidak sedar, negara kita telah dibahagikan kepada beberapa bahagian jika dipandang daripada sudut politik. Tidak kira sama ada anda berada di sayap kanan ataupun kiri, apa yang menjadi keutamaan di tempat kerja ada ialah prestasi dan seratus peratus komitmen anda pada waktu bekerja.

Anda tidak akan dibuang kerja jika anda bercakap tentang politik di pejabat, tetapi ia akan memberi impak terhadap hubungan rakan sekerja dan lebih buruk lagi hubungan dengan majikan anda sekiranya kedua-dua pihak mempunyai fahaman politik yang berbeza. Secara logiknya, apabila dua pihak menjadi sangat extremis dan percaya pada spektrum politik yang berbeza, mereka akan mempunyai masalah untuk berkerjasama. Dua rakan sekerja mungkin boleh berkerjasama dengan baik selama ini, tetapi apabil fahaman politik individu dikongsikan, ia akan juga memberi kesan kepada profesionalism berkerja. 

Jika anda mencanangkan kepercayaan politik anda kepada pihak majikan dan mereka tidak bersetuju, ia sedikit sebanyak akan mengeruhkan perhubungan di antara majikan dan pekerja, mencetuskan persekitaran kerja yang tegang, menyebabkan ada terlepas peluang untuk kenaikan jawatan dan mungkin tidak akan mendapat sebarang tanggungjawab tambahan daripada pihak majikan. 'Apabila terdapat perbezaan besar dikalangan pekerja dan majikan ataupun pengurus dan tiba-tiba diketahui umum, ia akan mendatangkan masalah di dalam mendapatkan kepercayaan dan you mengubah perspeksi majikan terhadap pekerja yang terbabit.

Seks

Di antara tiga topik yang amat taboo diperbincangkan di tempat kerja, seks adalah perkara yang sangat volitil, kerana terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan gangguan seksual di tempat kerja. Walaupun anda fikir bahawa semua orang pada zaman sekarang menpunyai pengetahuan berkenaan seks, tetapi masih ada yang suka membawa isu ini ke tempat kerja. Walaupun ada syarikat yang menyediakan latihan atau kursus berkenaan gangguan seksual dan tatatertib di tempat kerja, seks masih menjadi topik yang sangat suka diperkatakan dan seseorang mungkin akan mendatangkan masalah ekoran topik yang anda bawa.

Walaupun seks adalah topik yang sangat berleluasa terutama di media sosial, ia masih menjadi satu topik yang anda perlu menghindari daripada teman sekerja, atau pun sesiapa sahaja yang berkaitan di tempat kerja. Jangan sesekali bercakap tentang seks di tempat kerja. Di dalam sesetengah industri, mungkin bahasa mendalam atau berlapik boleh diterima, dan mungkin juga ia boleh menjadi satu bahan perbualan yang 'offensive' kepada pihak yang lain. Pilihan terbaik, hindari seks sebagai topik perbualan di tempat kerja.

Agama

Kita hidup di negara yang berbilang bangsa dan agama. Tempat bekerja bukanlah tempat untuk berdebat tentang perkara agama  antara Islam dan Kristian apalagi cuba untuk mngubah pemikiran atau kepercayaan seseorang. Sama seperti mengumumkan kepercayaan politik anda, menjadi ekstimis di tempat kerja boleh merubah pandangan rakan sekerja terhadap anda. Percubaan mengubah kepercayaan agama atau membincangkan tentang perbezaan prinsip atau kepercayaan agama boleh memberi respon negatif kepada kesihatan kerjaya anda di tempat kerja. Bercakap soal agama di tempat kerja (bagi yang berbeza fahaman) bukan sahaja boleh memberi  kesan psikologi kepada individu, tetapi ia juga boleh mendatangkan masalah kepada anda jika ia menganggu atau mendiskriminasi kepercayaan teman sekerja yang lain. Apabila bercakap dengan orang yang mempunyai kepercayaan yang berbeza, anda tidak boleh menyakinkan atau memaksa mereka untuk berada di pihak anda. 

Jika anda mendapati bahawa anda berada di situasi di mana topik perbicaraan berpindah ke topik politik, sex ataupun agama, pakar kerjaya menasihat anda supaya keluar dari zon perbincangan tersebut.     

M.R.Danial ialah seorang Blogger Bebas dan Konsultan Pengambilan di RedRadar Recruits. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam di bidang sumber manusia, dan pada masa yang sama aktif sebagai blogger perjalanan bebas dan komentar.

Comments